Jalur
Gemilang adalah nama rasmi yang diberikan kepada bendera Malaysia idea
untuk memberikan nama tersebut diusulkan oleh Dato' Hashim bin Mat Idris
memandangkan bendera Malaysia pada waktu itu masih belum mempunyai
nama.
Cadangan
tersebut telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan
pada 11 Julai 1995, beliau telah bersetuju supaya diadakan satu
peraduan bagi mencari nama sesuai untuk Bendera Malaysia. Penyertaan
kali ini dihadkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja.
Ekoran
dari itu, satu mesyuarat untuk menubuhkan Jawatankuasa Induk telah
diadakan pada 24 Ogos 1995 dengan dipengeurusikan oleh Timbalan Ketua
Setiausaha (Kabinet) Jabatan Perdana Menteri. Dalam mesyuaratnya pada 1
April 1996, jawatankuasa telah memutuskan bahawa pemilihan nama tidak
perli dipertandingkan sebaliknya dipilih dari senarai nama-nama yang
dikemukakan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa.
Cadangan
nama bendera yang dikemukakan perlu mengambil kira kriteria yang
ditetapkan iaitu nama bendera hendaklah dalam Bahasa Melayu, bersifat
emotif, iaitu yang boleh menggerakkan semangat dan kesetiaan kepada
bangsa dan negara, serta prosa-prosa yang menarik dari zaman lampau yang
melambangkan keperwiraan, kesetiaan dan lain-lain.
Pada
1 Julai 1996, Urusetia telah mengemukakan sebanyak 75 cadangan nama
serta ulasa-ulasan dengan mengenai nama-nama bendera yang dicadangkan
oleh Ahli-ahli Jawatankuasa untuk pemilihan.
Dari jumlah tersebut, tiga nama telah disenarai pendekkan:- Setia Perkasa
- Seri Setia Perkasa
- Seti Setia Negara
Walaubagaimanapun, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 11 September 1996 telah menolak
ketiga-tiga nama tersebut kerana nama-nama terbabit tidak mempunyai
kaitan atau huraian perihal bendera itu sendiri dan bersetuju agar
cadangan nama baru dikemukakan.
Sususalan
dari itu, pihak Urusetia telah menerima sebanyak 28 cadangan nama baru
daripada Ahli Jawatankuasa untuk dipertimbangkan.
- Rukun
- Malaysia Raya
- Jalur Citra Nusa,
- Jalur Padu Nusa,
- Jogan Nasional,
- Jalur Sateria Negara,
- Jalur Nusa Gemilang
- Jalur Sinar Gemilang
- N.U.S.A,
- Sang Perkasa Wangsa
- Mega Sakti
- Jalur Gemilang
- Saga Merah
- Wirawan Jaya
Dalam
mesyuaratnya yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 2
Juan 1997, Ahli Jawatankuasa telah memilih tiga nama mengikut keutamaan
iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang untuk
dikemukakan kepada Jemaah Menteri.
Jemaah Menteri akhirnya telah memutuskan untuk memilih Jalur Gemilang
sebagai nama baru bagi Bendera Malaysia. Nama Jalur Gemilang telah
dicadangkan oleh Encik Redzuan Tumin, Pegawai daripada Jabatan Muzium
Negara dan Antikuiti.
Perisytiharan
nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia telah diadakan pada 30 Ogos
1997, jam 11.58 malam oleh Perdana Menteri, Y.A.B Dato'Seri Dr Mahathir
Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.