Monday 12 November 2012

Penamaan Bendera Malaysia dan penamaan Jalur Gemilang.

Penamaan Bendera Malaysia dan penamaan Jalur Gemilang.

 

 
 Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 bendera   Negara telah diubahsuai
 dan dinamakan Bendera Malaysia .Pengubahsuaian ini  dilakukan kerana Sabah
 dan Sarawak telah menggangotai Malaysia.Di samping  mempunyai empat belas
 jalur, bintang juga mempunyai pecah empat belas. Bagaimanapun tiada sebarang  
 perubahan warna dan lambang.

 
Setelah berkibar  megah sejak 50 tahun yang lalu, Bendera Malaysia telah mencatatkan
sejarah apabila ia diberi nama khas, Jalur Gemilang satu  nama yang amat sesuai untuk
diabadikan oleh rakyat Malaysia. Pemilihan Jalur Gemilang telah diputuskan oleh
   Jemaah  Menteri Malaysia melalui Mesyuarat Kabinet tahun 1997.Perisytiharan
   nama Bendera Malaysia Jalur Gemilang telah diadakan pada 31 Ogos 1997, jam
11.58  malam oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia   di Dataran Merdeka.



Lambang Negara